 |
 |
 |
 |
 |
|
Tuesday, December 23, 2008
Assalamualaikum.... Adalah dimaklumkan bahawa, laman bloh ini akan diubah kepada : Generasi Muallimin... Pewaris Tugas Nabi ^_^Dalam tempoh terdekat, laman ini (http://farizmi9.blogdrive.com) akan dipadam... Harap maklum, terima kasih atas sokongan.
Posted at 08:35 pm by farizmi9
farizmi-9
Saturday, December 02, 2006
Kini
apabila umat Islam melupai Allah s.w.t. , mengabaikan sunnah Rasulullah s.a.w.
maka umat Islam sendiri dilanda berbagai krisis.
Dunia Islam menjadi porak-peranda,
pertelingkahan, permusuhan, malah peperangan
berlaku di mana-mana. Saling tindas menindas,
zalim-menzalimi, berhasad dengki, fitnah
memfitnah, rakus dan berbagai gejala negatif.
Hingga ke peringkat seolah-olah menjadi juara
negatif dalam beberapa aspek tertentu terutama
dadah. Boleh juga rata-rata umat Islam kini dapat
digambarkan menurut ciri-ciri berikut antaranya:-
1.
Boleh dianggap seperti haiwan yang merupakan manusia kerana kehidupan mereka
hanya
makan
minum, hiburan dan seks. Persoalan Tuhan dan Akhirat sudah padam dari fikiran
dan hati.
2. Jiwa
mereka kosong. Tidak boleh disentuh oleh ujian atau musibah, mereka akan menjadi
resah, merana dan rusuh.
3. Kalau
memperoleh nikmat mereka terlajak dan lupa daratan, menjadi sombong dan
membuat
orang tersinggung.
4. Lawan
atau musuhnya akan dimusnahkan dengan apa cara sekalipun.
5. Kebenaran
sukar diterima dan tidak boleh ditegur. Teguran dan kritikan dianggap penentang.
Pujian
dianggap sokongan dan kesetiaan.
6. Membazir,
berfoya-foya adalah resam dan budaya hidup mereka.
7. Gejala
negatif tidak dibendung malah turut memberi laluan dan sumbangan kepada
membiak
dan merebaknya gejala negatif.
8. Agama
dan akhlak dianggap persoalan individu, malah dianggap penghalang kemajuan.
9. Agama
hanya sekadar upacara sekali sekala. Itu pun hanya label dan bukan untuk
penghayatan tetapi sekadar propaganda untuk meraih sokongan.
Apakah usaha kita sebagai anak-anak Islam,
sebagai khalifah Allah di bumi waqafan ini untuk
menghadapi senario yang berlaku di depan mata
kita sendiri? Janganlah kita hanya berpeluk
tubuh, hanya memikirkan masalah sendiri.... Dan
ingatlah bahawa musuh Allah
sentiasa akan cuba memusnahkan ISLAM walau dengan apa cara
sekalipun........
Sama-samalah kita menguatkan azam untuk
memperjuangkan agama Allah.
Takbir.....!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Posted at 10:42 pm by farizmi9
farizmi-9
Saturday, July 08, 2006
Dalam satu ayat, Allah menyebut, maksudnya: "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Ar Raad : 28). Memberi faham kepada kita, bila kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan tenang. Namun, dalam ayat lain, Allah menceritakan bahawa: "Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka" (Al-Anfaal : 2).
Pada kedua-dua ayat itu berlaku apa yang dikatakan sebagai "zikrullah". Atau dalam ertikata lain, ada terhubung dengan Tuhan. Tetapi, walaupun kedua-duanya berlaku zikrullah, satu ayat sebut hati menjadi tenang dan satu ayat lagi sebut hati menjadi gementar. Bagaimana boleh menjadi begitu? Apakah bila kita dengan Allah, adakala hati menjadi tenang dan adakalanya hati menjadi gementar?
Jawapannya begini: Bukan maksud hati orang mukmin itu berubah-ubah bila terhubung dengan Tuhan. Hati mereka sebenarnya mempunyai dua keadaan pada masa yang sama. Iaitu berkeadaan tenang dan juga berkeadaan gementar. Yang dikatakan tenang itu ialah tenang dengan dunia. Atau lebih terperinci lagi tenang menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan. Atau dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan hati daripada Tuhan. Lebih tepat lagi, maksudnya di sini, hati mereka tenang daripada dipengaruhi cinta dunia. Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan. Dari cinta dunia, timbul berbagai kejahatan lain seperti riyak, ujub, hasad dengki, bakhil dan pemarah. Dari cinta dunia, orang menjadi lalai dan melupakan Tuhan. Sehingga mereka sanggup meninggalkan suruhan Tuhan termasuk sembahyang. Tenang dari perkara dunia juga membawa pengertian bahawa hati mereka itu tidak tergugat dengan ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan cercaan manusia. Malah semua itu menjadi hiburan apabila hati sudah kuat terhubung dengan Tuhan serta memahami maksud ujian Tuhan tersebut.
Yang dikatakan gementar pula, ialah bila hati terhubung dengan Tuhan, timbul rasa takut dan cemas dengan Tuhan. Takut dengan Tuhan inilah yang membuatkan hati gementar. Mana tidaknya, orang mukmin itu sentiasa merasa berdosa. Rasa berdosa inilah yang membuatkan mereka takut sangat dengan Tuhan. Takut Tuhan murka. Takut taubat tidak diterima Tuhan. Takut Tuhan hukum di dunia lagi. Takut Tuhan hukum di Akhirat dengan mencampakkan ke Neraka. Rasa takut dan cemas inilah yang datang. Lebih-lebih lagi orang mukmin itu hatinya sentiasa mencintai Tuhan. Ketakutan bagi orang bercinta ialah putus cinta atau cinta tak berbalas. Itulah sebabnya hati orang mukmin menjadi gementar dengan Tuhan. Gementar itu membuatkan hati mereka sentiasa berkata-kata:
"Maafkan aku, Tuhan" "Jangan tinggalkan aku, Tuhan" "Aku banyak dosa Tuhan"
Tuhan seluruh makhluk, Allah subhanahu wa ta'ala, berfirman mensifati sebaik-baik makhluk (Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam): Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati karena takut akan (adzab) Tuhan mereka, dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Tuhan mereka (dengan sesuatu apapun), dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka. (QS. Al-Mu'minuun: 57-60).
Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini, Dan orang-orang yang memberikan ayat yang telah mereka berikan dengan hati yang takut ..."'Aisyah berkata, "Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?" Beliau menjawab, Tidak wahai puteri Ash-Shiddiq, tapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan shalat, dan bershadaqah, sedangkan mereka merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima. Mereka itu adalah orang-orang yang bersegera dalam kebaikan.
Allah menyebutkan kaum mukminin yang bersegera dalam kebaikan dengan sifat yang paling baik, walaupun mereka sentiasa takut amalan mereka tidak diterima. Rahasianya bukan karena khawatir Allah tidak memberikan pahala kepada mereka, sekali-kali tidak!! Karena Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya. "Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang shalih, maka Allah akan memberikan kepada mereka pahala amalan-amalan mereka dengan sempurna". (QS. Ali 'Imran: 57).
Bahkan Allah menambahkan untuk mereka karunia, kebaikan dan nikmat-Nya: "Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya ..." (QS. Al-Fathir: 30).
Tapi, karena mereka merasa takut belum melaksanakan (amalan-amalan)nya sesuai dengan syarat-syarat ibadah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka mereka tidak dapat memastikan bahawa mereka telah melaksanakannya sesuai dengan keinginan Allah, tapi mereka mengira telah melakukan kekurangan dalam hal tersebut. Oleh karena itu mereka merasa takut amalan mereka tidak diterima, maka mereka pun berlomba-lomba dalam kebaikan dan amal shalih. Maka, hendaknya seorang hamba memperhatikan ini, mudah-mudahan dapat menambah semangat untuk memperbaiki ibadah dan meluruskan amalan dengan cara ikhlas semata-mata karena Allah dan mengikuti Rasulullah. Para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam merasa khawatir amalan-amalan mereka batal tanpa disadari, hal ini termasuk bagian dari kesempurnaan iman mereka.
Firman Allah Ta'ala: ".. Tidaklah yang merasa aman dari adzab Allah, kecuali orang-orang yang merugi." (QS. Al-A'raaf: 99).
Begitulah hati orang mukmin yang sudah menghayati Tuhan. Hati mereka tidak tenang dengan Tuhan sebaliknya sentiasa bergelombang atau bergelora. Hanya sanya mereka itu tenang dalam menghadapi cabaran dan ujian perkara-perkara dunia. Sudahkah hati kita menjadi seperti itu? Moga-moga tulisan ini memberikan kita sedikit panduan cara untuk mengendalikan hati kita bila bersama Tuhan.
Sekian........
Posted at 01:37 pm by farizmi9
farizmi-9
Thursday, July 06, 2006
Rahsia agung di tangan wanita...
Nabi saw, yang kata-katanya mampu menundukkan seluruh dunia sering
berkata, ‘Bicaralah padaku, oh Aisyah!’ Nabi saw mengatakan, wanita
mendominasi lelaki dalam hal kecerdasan dan penguasaan hati. Namun
lelaki yang bebal bisa mendominasi wanita dibawah pengaruh liar nafsu
haiwaninya. Mereka tidak punya kebaikan, kelembutan ataupun cinta.
Cinta dan keramahan adalah sifat-sifat manusia, marah dan sensual
adalah milik haiwan. Wanita bukanlah ‘ kekasih’mu ! dia adalah pancaran
sinar Ilahi.
(Jalaluddin Rumi) Teladan wanita mana yang lebih
baik daripada putri Nabi saw iaitu Fatimah al-Zahra ? Ketika dia
melihat ayahnya sering mengatakan,” Oh, umatku..,” dia ingin
menyumbangkan sesuatu bagi umat ini.
Ketika Tuhan
memerintahkan Nabi saw untuk mencarikan suami bagi anaknya, Nabi saw
memanggil seluruh sahabatnya tanpa diskriminasi dan mengatakan, ”Tuhan
perintahkan aku untuk menyampaikan bahwa siapapun yang mampu
menyelesaikan bacaan Al-Qur’an malam ini boleh menikahi putriku,
Fatimah, jika dia menerimanya.”Malam itu, semua sahabat berusaha
menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an, kecuali Ali bin Abi Talib yang
pulang kerumah untuk tidur. Ketika Bilal mengumandangkan adzan subuh,
semua orang berkumpul di masjid termasuk Nabi saw.
Ketika
Nabi menanyakan siapa yang sudah menyelesaikannya, tidak seorangpun
menjawabnya, karena amat susah menamatkan 30 juz dalam waktu 7-8 jam
saja. Namun Ali bin Abi Talib berkata,” Ya Rasulullah saw, aku telah
menamatkan seluruh Al-Quran semalam.” Sahabat-sahabat yang lain melihat
ke arah Ali ra dan berkata,” Bagaimana kamu menyelesaikannya ? kamu kan
tidur semalaman.” Dijawab Ali,” Tidak, aku memang menyelesaikannya.”
Kata
Nabi saw,” Siapa saksimu, Ali?“ . Jawab Ali, “ Allah adalah saksiku dan
engkau, ya Nabi saw adalah juga saksiku. Aku membaca “Laa ilaha ill
Allah, Muhammad Rasulullah 3x –Astaghfirullah 70x – Surat Al Fatiha 1x
– Surat Al Ikhlas 3x – Surat Al Falaq 1x – Surat An Naas 1x -Laa ilaha
ill Allah 10 x - Shalawat Nabi, Allahumma solli alaa MUhammadin wa alaa
ali muhamaddin wa salim 10 x.”
Nabi
saw pun berkata, “Sebagaimana Allah memberi kesaksian, aku juga memberi
kesaksian bahwa Ali telah menyelesaikan seluruh bacaan Qur’an. Jika
kalian membaca seperti apa yang dibaca Ali berarti sama dengan Khatam
Al Quran.” Lalu Nabi bertanya pada putrinya, ” Ya Fatimah, apakah
engkau menerima Ali sebagai suamimu? “ Fatimah menjawab,”Dengan satu
syarat.” Semua sahabat mulai memandang pada Ali, Fatimah dan kemudian
kepada Nabi. Ketika Nabi saw berfikir mengapa Fatimah mengajukan syarat
itu, malaikat Jibril turun dan berkata pada beliau, ” Ya Nabi, jangan
tergesa-gesa mengambil keputusan, Allah Yang mengatakan padamu untuk
menanyakan syarat apa yang ingin dia ajukan.” “Apa syaratmu, Fatimah ?
“ tanya Nabi.
Fatimah pun menjawab, “ Syarat itu bukan karena
Ali, tapi dari diriku sendiri. Jika dipenuhi aku menerimanya, jika
tidak aku menolak untuk menikah dengan Ali.” Jibril mengingatkan Nabi
akan pesan Tuhan untuk menanyakan apa syarat yang diinginkannya. Kata
Jibril, “ Sekarang dengarkan apa yang Allah letakkan pada hati Fatimah,
sebagai manfaat dan derajat para wanita dalam kerohanian. “ Sekali lagi
Nabi bertanya “ Apa syaratmu, Fatimah ?” Jawab Fatimah," Aku selalu
mendengarmu berdoa bagi umatmu siang dan malam. Engkau mengatakan Ya
Allah, izinkan aku memimpin umatku untuk-Mu! Ampuni mereka ! Sucikan
mereka! Angkatlah semua dosa-dosa, kesulitan dan beban-beban mereka!".
"Aku
mendengarmu ya Rasulullah, dan melihat bagaimana engkau menderita demi
umatmu. Dari apa yang engkau tuturkan, aku tahu bahwa ketika wafat,
dalam kubur, dan kiamat nanti engkau akan selalu menyebut,
Umatku..Umatku ! “ pada Allah. sebagaimana cintamu pada umatmu seperti
itu juga yang ada dalam hatiku. Aku ingin seluruh umatmu sebagai mas
kawinku. Jika engkau menerimanya, aku bersedia menikah dengan Ali. Yang
diminta oleh Fatimah ra adalah seluruh umat Nabi, semua tanpa
terkecuali. Apa yang kemudian dikatakan Nabi saw? Karena mas kawin
seperti yang diminta Fatimah bukanlah terletak ditangan beliau. Nabi
kemudian menunggu kedatangan Malaikat Jibril yang lama tidak juga
menampakkan dirinya.
Ketika
akhirnya Jibril as datang, dia mengatakan : ” Allah menyampaikan
Assalamu'alaikum kepadamu dan menerima permintaan Fatimah. Allah swt
menganugerahan apa yang dimintanya sebagai mas kawin untuk menikah
dengan Ali.” Segera Nabi berdiri dan sholat 2 rakaat sebagai rasa
syukur pada Allah swt. Fatimah mementingkan pengorbanannya bagi umat
Nabi saw. Tidak seorang umat pun yang akan berada diluar mas kawin
Fatimah, kerana jika Allah menarik satu umat dari mas kawin itu, maka
pernikahannya dengan Ali dianggap tidak sah. Fatimah akan membawa
seluruh umat Nabi dibawah sayapnya untuk dibawa menuju surga. Ini hanya
dari keagungan seorang muslimah saja sehingga mampu membawa semua umat
manusia menuju surga. Bagaimana dengan muslimah-muslimah setara lain
dalam Islam?
Posted at 10:40 am by farizmi9
farizmi-9
Tuesday, July 04, 2006
Beginilah hidup kita......
manusia..
sering terleka..
ada yang mengingatkan...
jangan buat camtu..
jangan buat camni..
tak baik..
tapi..
yang memperingatkan juga buat apa yang dilarang
begitulah hidup kita..
sering alpa dengan kenikmatan hidup yang hanya pinjaman dari Allah ini..
tidak bersyukur dengan apa yang ada..
iri hati dengan kelebihan orang lain..
apa yang hendak dikata..
tiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri..
terimalah realiti dengan seadanya
usah dikutuk..
usah dicaci..
usah dipersendakan apa yang benar.
jangan gemar mengata..
kerana mungkin orang yang dikata lebih baik dari kita..
jangan gemar memanggil orang dengan panggilan yang ntah apa-apa
kerana mungkin orang itu terasa atau tersinggung..
jangan gemar menyumpah..
kerana mungkin sumpah akan memakan diri..
jangan gemar menyalahkan orang lain..
kerana mungkin kita yang bersalah..
jangan gemar membanggakan diri.
kerana ramai yang lebih
baik dari kita..
beringatlah sahabat..
keredhaan Allah senang dicari..
kelaknatan juga mudah didapati..
sama-samala kita mengingat antara satu sama lain
kerana sesungguhnya...
syurga Allah impian kita
Posted at 01:29 pm by farizmi9
farizmi-9
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
"Dari Umar Ibnul-Khattab r.a katanya:
Sedang kami duduk di dalam majlis
bersama Rasulullah SAW pada suatu
hari,
tiba-tiba mucul di dalam majlis
itu seorang laki-laki yang berpakaian
serba
putih, berrambut terlalu hitam,
tiada kesan bahawa ia seorang
musafir, dan tiada
antara kami yang
mengenalinya, lalu duduk ia
bersama Rasulullah SAW, dan
ditemukan kedua lututnya dengan
kedua lutut Rasulullah SAW serta
diletakkan
kedua tapak tangannya ke
atas kedua paha Rasulullah SAW,
lalu berkata :
Sipemuda
: Khabarkan aku tentang
Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah
mengucap syahadat - bahawa tiada
Tuhan
melainkan Allah Ta'ala dan
bahawasanya Muhammad itu
Rasulullah, dan hendaklah
bersembahyang, mengeluarkan
zakat, berpuasa pada bulan
Ramadhan dan menunaikan
haji ke
Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa
hairan kepada tingkah laku
sipemuda itu, dia
yang bertanya
dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke
tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau
beriman kepada Allah,
Malaikat-
MalaikatNya, Kitab-KitabNya,
Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan
hendaklah
engkau beriman kepada
taqdir Allah yang baikNya atau
yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu !
Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah :
Hendaklah engkau
menyembah Allah seolah-olah
engkau melihatNya. Sekiranya
engkau
tidak dapat melihatNya
sesungguhnya Allah sentiasa
dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku
tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang
yang
ditanya itu lebih mengetahui dari
orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang
tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba
perempuan melahirkan tuannya
sendiri ; Apabila engkau melihat
orang yang berkaki
ayam, tidak
berpakaian, pengembala kambing
(berbangga) membina bangunan
yang
tinggi-tinggi.
(Kemudian beredar keluar sipemuda itu
dari majlis tersebut) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai
Umar siapakah pemuda yang
menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan
RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah
mendatangi aku untuk mengajarkan
kamu pelajaran agama kamu. "

Nama :
محمد رضوان بن محمد طيب
Mohd Ridzuan Bin Mohd Taib
Alamat :
No 1305, Lorong Kenari 6/3A,
Taman Kenari,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.
Email :
farizmi88_alkhawarizmi@yahoo.com
Hobi :
Membaca dan Melayari Internet
Cita-Cita:
Ahli Kejuruteraan Kimia @ Pensyarah
Warna Kesukaan :
Hijau
Prinsip Diri :
Perbuatan Berfikir Membawa Tuah,
Perkataan Berfikir Peribadi Bermaruah,
Rancangan Berfikir Aktiviti Berfaedah,
Bijaksana Berfikir Diredhai Allah,
Tanpa Berfikir Menyesal Tak
Sudah......
SEMARAK PERJUANGAN
[
SHOUTUL AMAL ]
Marilah Beramal
Beramal kerana Allah
Beramal kerana Allahu
Akbar
Beramal kerana Allah
Pemuda melangkah gagah
Menjana kuasa rakyat
Bersiap menghadapi
cabaran
Semarakkan semangat
perjuangan
Usahlah kita terus
terleka
Menegak kema’rufan
Menentang kemungkaran
Allah pasti bersama
Kukuhkan ukhuwah
hidupkan jemaah
Susunlah barisan
usahlah terleka
Bersatu teguh mara
bersama
Islam pastikan subur
Kerahkan tenaga jua
fikiranmu
Korbankan harta
sekalipun jiwamu
Menentang musuh Allah
Laungkan takbir
........ Allahu Akbar
Bersatulah kita
bergerak melangkah
Tegakkan Islam agama
yang tercinta
Ayuh kita julang
kembali
Islam pasti gemilang
Islam pasti gemilang
Islam pasti gemilang
WA
ISLAMA
[ AS-SHOFF]
Dengan Wa Islama kami laungkan,
Untuk ingatan dan pesanan,
Untukmu buatmu, (2x)
Wahai para pejuang.
Korbankanlah hartamu,
Korbankanlah jiwamu,
Berjuang dan berkorban demi Islam.
K orbankanlah hartamu,
Korbankanlah jiwamu,
Allah menjanjikan syurga buatmu.
Wahai pejuang,
(2x)
Betulkan aqidahmu,
Wahai pejuang,
(2x)
Kuatkanlah imanmu.
Tika kau berhadapan,
Bila musuh menentang,
Dengan isim cubaan dan cabaran.
Wahai pejuang,
(2x)
Eratkanlah ukhuwah,
Wahai pejuang,
(2x)
Satukan persatuan.
Ikhlaskan kasih sayang,
Hulurkanlah bantuan,
Pasti musuh gentar denganmu.
Wahai pejuang,
(2x)
Susunlah barisanmu,
Wahai pejuang,
(2x)
Korbankanlah hartamu,
Wahai pejuang,
(2x)
Kuatkanlah azammu.
Bulatkan penyerahan,
Korbankan semangat jihad,
Cintakan syahid untuk bertemu Tuhan
Dengan Wa Islama,
Kita bersatu hati,
Berbaris menuju ke medan pejuang,
Menjadi pahlawan umat terbilang,
Membela keagungan Islam,
Korbankanlah hatimu,
Korbankanlah jiwamu,
Untuk kemenangan Islam.
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |